TERMA DAN SYARAT

  • Deposit Pelancongan

Deposit maksimum adalah 25% daripada jumlah pakej pelancongan bagi setiap seorang peserta sebagai fi tempahan. Bakinya atau bayaran penuh hendaklah dibat dalam masa 60 hari sebelum tarikh berlepas. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pembatalan tempahan dan perlucutan deposit.

  • Caj Pindaan

Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuat dalam masa 14 sebelum tarikh berlepas, permintaan dari mana-mana peserta hendaklah dibuat awal dan tertakluk kepada syarat syarikat penerbangan yang dipilih dan syarat tempat penginapan.

  • Perubahan Harga Pakej Mengikut Pertukaran Matawang Asing

Harga pakej yang ditawarkan mengikut nilai matawang MYR semasa, oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD), SAR (Saudi Riyal) atau lain-lain matawang berkaitan. Syarikat berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

  • Kemungkinan Pertukaran

Jadual penerbangan dan jadual lawatan kemungkinan berubah mengikut kepada semasa/tempatan. Jika ini berlaku pihak syarikat akan menbuat pilihan alternatif.

  • Bayaran balik Untuk Perkhidmatan/Penginapan Yang Tidak Digunakan

tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana peserta berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan, pengangkutan atau mana-mana yang tidak digunakan oleh perserta pelancongan atas sebab-sebab peribadi.

  • Insuran Perjalanan dan bagasi

Semua perserta digalakan untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, kehilangan bagasi atau lain-lain mengikut tawaran syarikat insuran.

Jumlah berat bagasi adalah tertakluk kepada syarikat penerbangan yang dipilih, peraturan ini mungkin berbeza-beza mengikut syarikat penerbangan.